16 Jenis Makanan Ini Patut Dimakan Setiap Hari Untuk Lebih Sihat Dan Sado

16 Jenis Makanan Ini Patut Dimakan Setiap Hari Untuk Lebih Sihat Dan Sado.

b complex , shaklee b -complex

Ramai sangat yang nak sihat dan sado kan? Nah ! Inilah dia  16 Jenis Makanan Ini Patut Dimakan Setiap Hari Untuk Lebih Sihat Dan Sado. Kesemua makanan ini kaya dengan Vitamin B.

  1. Asparagus
    Asparagus termasuk jenis sayuran dari family Lily (Liliceae) termasuk bawang putih dan bawang merah. Sayuran ini sudah dikenali sejak tahun 2000 di dataran Mediteranian sebagai tanaman ubat-ubatan. Kaya dengan Vitamin B.
  2. Cendawan
    Cendawan adalah jenis makanan yang disukai oleh kebanyakan masyarakat. Terdapat pelbagai jenis cendawan yang kaya dengan mineral dan Vitamin B seperti cendawan shitake, cendawan tiram, cendawan butang dan sebagainya. Kebiasaanya menjadi menu istimewa di kalangan masyarakat Cina.
  3. Kentang
    Vitamin paling tinggi yang terdapat pada kentang adalah vitamin B6. Jenis vitamin ini mampu mencegah masalah prostat.
  4. Bayam
    Bayam bukan hanya sebagai sumber vitamin B kompleks , tetapi juga termasuk makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi.
  5. Biji bunga matahari
    Manfaat biji bunga matahari terlalu banyak. Selain sebagai sumber vitamin B kompleks, ia juga memiliki kandungan vitamin E yang boleh menjadi antioksidan,fitosterol yang boleh menurunkan kolesterol, dan magnesium yang bermanfaat untuk memelihara tulang serta otot tubuh.
  6. Sawi Hijau
    Sawi hijau mengandungi Vitamin B kompleks yang baik untuk memelihara organ tubuh. Selain itu sawi juga memiliki kandungan vitamin K yang membantu penyerapan kalsium, serat yang baik untuk pencernaan, dan antioksidan yang mampu mengeluarkan racun dari dalam tubuh.
  7. Brokoli
    Sumber vitamin B6 pada brokoli mampu menjaga kesihatan kardiovaskular tubuh kita. Kandungan seratnya yang tinggi juga menjadi makanan diet penurunan berat badan.
  8. Terung
    Terung bukan hanya mengandungi sumber vitamin B kompleks sahaja. Namun ia juga mengandung serat yang baik untuk pencernaan, zat besi untuk mencegah anemia, dan kolesterol baik yang boleh menurunkan kolesterol jahat.
  9. Kubis
    Kubis juga kaya dengan sumber Vitamin B
  10. Badam
    Merupakan jenis kacang yang mengandung lemak baik yang tinggi.
  11. Daging merah
    Daging juga mengandungi vitamin B2, B3, B6, dan B12.
  12. Ikan salmon
    Selain vitamin B, ikan salmon juga mengandungi omega 3 yang baik untuk otak.
  13.  Aprikot
    Buah ini sering digunakan untuk diet sihat.
  14. Buah Epal
    Buah epal juga memiliki kandungan serat yang baik untuk pencernaan selain kandungan vitamin B yang tinggi.
  15. Pisang
    Cukup terkenal dengan kandungan potasiumnya. Ternyata pisang juga termasuk sebagai buah yang mengandungi vitamin B yang tinggi.
  16. Blueberi
    Merupakan buah yang kaya dengan antioksidan yang berguna untuk melawan radikal bebas. Namun, ia juga kaya dengan Vitamin B.

Untuk lebih sihat , makanya amalkanlah makan dan minum yang sihat selain senaman serta lain-lain. Nak sado pun serupa. Sado tapi sakit pun tak bermakna apa-apa kan? Ada ke macam ni ? Hehe.

Seperkara lagi, sayuran dan buah-buahan perlu dititikberatkan sebelum diambil. Ini kerana, kemungkinan masih tersisa racun – racun yang digunakan semasa proses penanaman.

Tip Kurangkan Racun Dalam Sayuran Dan buah-Buahan

Kualiti dan kuantiti yang dimakan juga perlu diperhatikan. Kalau hanya dua tiga urat sayur dan sebiji epal sehari, masih belum lagi mencukupi keperluan nutrisi yang sepatutnya badan dapat untuk sihat dan sado. Baru lekat celah gigi orang kata. Hehe. Mungkin pengambilan suplemen untuk top up boleh dipertimbangkan.

Awas ! 9 Petanda Badan Anda Kurang Nutrisi Kronik

Badan hanya memerlukan sedikit sahaja vitamin dan mineral setiap hari, namun diet yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat ditambah penggunaan pelbagai teknologi dalam pertanian dan makanan untuk memastikan penghasilan sumber makanan mencukupi mungkin menjadi penyebab nutrien yang diperoleh daripada makanan harian adalah sangat kurang dan banyak lompong. Berusahalah untuk mencukupkan nutrien yang diperlukan seharian dengan sumber semulajadi sebaik yang boleh. Jika memilih suplemen pun, pilihlah yang semulajadi bukan sintetik.

Semoga bermanfaat.

 

 

January 10, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like