15 Jenis Makanan Penyebab Kanser Yang Perlu Dielakkan

Kanser atau barah bukan lagi hal ganjil pada hari ini. Setiap hari semakin meningkat bilangan pesakit kanser. Antara penyebabnya adalah faktor pemakanan harian. 15 jenis makanan pernyebab kanser yang perlu dielakkan ini sangat wajar diperhatikan dalam diet harian kita.

15 makanan penyebab kanser yang perlu dielakkan

Beberapa makanan ini, bukanlah penyebab kanser secara langsung. Namun, sering terjadi ianya menjadi makanan yang sering ditemui dalam diet pesakit-pesakit kanser.

1. GMO (Genetically Modified Organisms)

Makanan ubahsuai genetik ini memang sudah diperkatakan berulangkali akan potensi nya untuk mengakibatkan penyakit. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, hampir kebanyakan makanan seperti soya, tomato dan jagung juga dipercayai terdiri daripada hasil GMO. Sebagai alternatif, jika anda pengguna tegar bahan-bahan tadi, bolehlah beralih kepada tanaman asli, organik dan yang diperakui akan hasilnya.

2. Daging proses

Kebanyakan daging proses sama ada daging dalam tin, sosej atau hot dog, mengandungi bahan pengawet untuk membantu mengekalkan rupa segar daging tersebut. Tetapi dalam masa yang sama juga boleh menyebabkan kanser! Sebagai alternatif, pastikan daging pilihan anda jenis yang tidak dirawat menggunakan nitrat ataupun datang segar dari ladang.

3. Microwave popcorn

US Environmental Protection Agency (EPA) telah mengenalpasti bahawa asid perfluorooctanoik (PFOA) yang terkandung dalam beg popcorn tersebut mengandungi bahan karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu bahan kimia yang terkandung dalam popcorn itu sendiri juga boleh mengakibatkan kerosakan paru-paru dan juga kanser.

4. Pop soda

Seperti daging yang diproses, pop soda juga dikatakan boleh menyebabkan kanser. Padat dengan gula, bahan kimia dan pewarna, pop soda boleh mengasidkan dan secara tak langsung membuka laluan untuk sel kanser.

5. Makanan dan minuman “Diet”

Satu kajian saintifik yang dilakukan oleh European Food Safety Authority (EFSA) mendapati bahawa terdapat lebih daripada 20 kajian yang berasingan telah mengesahkan bahawa aspartame, pemanis tiruan boleh mengakibatkan penyakit seperti kecacatan kelahiran dan juga kanser. Saccharin, Suklarose (Splenda) dan pemanis tiruan yang lain juga dikatakan boleh menyebabkan kanser.

6. Tepung putih halus

Satu kajian yang dikeluarkan dalam Jurnal Cancer Epidemiology, Mile Markers and Prevention mendapati bahawa penggunaan berterusan karbohidrat halus boleh meningkatkan sehingga 220% potensi kepada kanser payudara dalam kalangan wanita.

7. Refined sugar

Gula halus juga dikatakan menjadi penyumbang kepada peningkatan bahan karsinogen dalam badan. Pengambilan gula halus secara tak langsung dapat meningkatkan penghasilan insulin dalam badan sekaligus boleh menjadi penjana kepada pertumbuhan sel kanser.

8. Buah-buahan dan sayuran bukan organik

Pengambilan buah-buahan dan sayuran yang tidak organik juga mendedahkan seseorang kepada risiko kanser. Ini kerana buah-buahan tersebut telah dicemari oleh baja dan racun serangga yang berlebihan, sehingga memindahkan kandungan toksin yang banyak ke dalam tubuh si pemakan.

9. Salmon yang diternak

Menurut Dr David Carpenter, Pengarah Institute for Health and Environment di University Albany, ikan salmon yang diternak bukan sahaja kekurangan Vitamin D, tetapi juga tercemar dengan bahan karsinogen, PCB (polychlorinated biphenyls), racun serangga dan juga antibiotik.

10. Minyak hydrogenated

Selalunya minyak ini digunakan sebagai bahan pengawet bagi membuatkan makanan tahan lebih lama. Namun kehadiran minyak ini sebenarnya mengubah struktur sel membran dalam badan, sekaligus membuka peluang kepada pelbagai jenis penyakit untuk singgah termasuklah penyakit kanser. Kurangkan penggunaan minyak memasak, marjerin dan produk-produk komersil yang berminyak dan mengandungi asid lemak trans (minyak yang dihidrogenkan atau separuh hidrogen).

11.  Garam , MSG dan perisa makanan

Kurangkan pengambilan garam, kicap soya dan lain-lain. Hati-hati dengan garam yang tersembunyi dalam makanan. Sebaliknya, gunakan herba dan rempah ratus untuk memberi rasa pada makanan.

12. Kulit ayam atau itik.

Cari ayam kampung yang tidak diberi antibiotik atau  hormon yang merangsang pertumbuhan. Boleh juga ayam organik.

13.  Organ dalaman seperti hati, ginjal, otak, peparu dan lain-lain.

14. Produk tenusu yang tinggi lemak

15.  Makanan tinggi kandungan pengawet dan pewarna

According to the Center for Science in the Public Interest, commonly used food dyes, such as Yellow 5, Red 40, and six others, are made from petroleum and pose a “rainbow of risks.” The health risks associated with artificial colors in food include, hyperactivity in children, allergic reactions and cancer.
In 2008, the Center for Science in the Public Interest (CSPI) petitioned the Food and Drug Administration (FDA) to ban the use of these dyes. Worldwide, we see countries taking action like, the British government and European Union virtually ending the use of dyes throughout Europe.

Mudah-mudahan bermanfaat untuk dijadikan panduan menyusun diet harian kita.

Alternatif Terbaik Untuk Matikan Sel Kanser. Cegah sebelum Parah !

January 3, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like