14 Tip Mudah Untuk Bahagia dan Cepat Kaya !

14 Tip Mudah Untuk Bahagia dan Cepat Kaya !

kaya dan bahagia

1. Ketawa

Baik untuk kesihatan. Boleh melancarkan pengaliran darah sehingga 21 % . Kajian menunjukkan mereka yang sentiasa serius didapati pembuluh darahnya menegang dan pengaliran darahnya agak lambat sehingga 18 %. Risiko darah tinggi jika keadaan berterusan. Rasa lebih bahagia bila ketawa. Rezeki pun mudah masuk bila mood ceria. Energy tinggi berbanding bermuka masam.

2. Memberus gigi dan flos

Gigi yang kotor berkemungkinan boleh menyebabkan kanser gusi dan kanser otak. Menggosok gigi dan flos boleh mengelakkan penyakit tersebut, di samping mengurangkan pembentukan plak gigi. Rasa segar dan lebih sihat . Fikiran pun mudah fokus untuk projek-projek besar !

3. Minum secawan teh setiap hari

Teh boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 21 %. Ini kerana di dalam teh terdapat ‘camellia sinensis’ yang merupakan antioksidan dan asid ‘amino theanine’ yang berfungsi melindungi pembuluh darah. Pilih teh berkualiti tinggi. Sihat. Kalau sakit, bagaimana nak urus bisnes? Kan?

4. Ekspresi diri dengan ikhlas

Ikhlas boleh meningkatkan rasa bahagia sebanyak 20 %. Kajian dari Kent State University mendapati mereka yang mengekspresikan perasaan dengan menulis ucapan terima kasih pada sehelai kertas kepada kawannya merasa lebih bahagia dan beruntung. Selain itu, sistem imunisasi juga akan meningkat. Wajarlah ! Berbuat sesuatu dengan rela hati pasti tidak menimbulkan stress, malah gembira !. Ikhlas membantu orang lain dapat income, automatik income kita pun bertambah . Ye kan?

5. Berpegangan tangan ( suami isteri ).

Ianya boleh mengurangkan tekanan sehingga 200 %. Menurut penelitian dalam American Psychosomic Society , ketika anda menggenggam tangan dan berpelukan dengan suami atau isteri, segala tekanan, rasa takut, panik akan hilang. Islam bahkan lebih-lebih lagi menggalakkan ini dilakukan oleh pasangan suami isteri. Suami isteri bahagia, rezeki datang mnecurah-curah !

6. Senaman

Menyihatkan. Menggalakkan peredaran darah yang lebih baik. Juga boleh menyegarkan minda untuk berfikir lebih kreatif. Minda yang segar senanglah nak merancang kewangan atau projek bisnes kan?
7. Menu ikan bakar

Dikatakan bagus untuk mengelakkan daya ingatan yang lemah sehingga 19 %. Ikan mengandungi Omega 3. Boleh pelbagaikan menu. Jika makan ikan bakar,haruslah ditambah juga pengambilan makanan yang mengandungi antioksidan seperti angggur , lobak merah dan beri. Sihat dan bahagia. Saling melengkapi. Gitu.
8. Minum susu ketika sarapan

Sangat baik untuk kesihatan. Jika diamalkan secara konsisten,ianya boleh mengurangkan berat badan sebanyak 2 kg. Dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bersarapan sambal mengambil susu akan menyebabkan anda rasa kenyang lebih lama sehingga waktu makan tengahari. Jika dipraktikkan, ianya boleh menurunkan berat badan. Susu mengandungi protein , kalsium dan lain-lain nutrien. Kandungan protein yang tinggi menjadikan perut kenyang lebih lama. Apatah lagi jika mengambil protein isolate semasa sarapan. Selain meningkatkan metabolism, ianya membantu menyihatkan sel-sel badan. Bertenaga untuk memulakan hari dan lebih fokus untuk capai impian!

9 . Tahajud

Tiada saat yang paling tenang melainkan ketika sujud di hadapan Allah. Doa di sepertiga malam umpama anak panah yang tepat sasarannya. Mandi sebelum tahajud sangat menyegarkan dan jika amalkan mandi garam bukit, mampu membesarkan aura.

10. Solat awal waktu

Biasakan solat awal waktu. Ada ‘joke’ yang mengatakan begini ” Kalau nak rezeki datang awal, solatlah awal waktu. Kalau tangguh-tangguh solat sampai hujung waktu, Allah pun tangguh-tangguh nak bagi rezeki sampai awak terdesak dulu ! ” . Sentap tak ?

11. Sedekah

Setiap hari kita akan keluarkn duit kan ? Belanja anak sekolah dan sebagainya…Jadikan dan niatkan duit yang pertama keluar setiap hari adalah sedekah. Pasti rasa bahagia dan janjiNya, orang yang bersyukur akan ditambah nikmat untuknya.

12.  Baca Al -Quran

Jadikan bahan bacaan pertama setiap hari adalah Al- Quran. Bukan WhatsApp, Telegram, Facebook dan selainnya. Hidup berkat. Hidup bahagia. Rezeki bertambah bila Allah sayang.

13. Berbakti kepada ibu bapa

Jika kedua ibu bapa masih ada, berbaktilah. Jaga mereka. Penuhi keperluan mereka dan gembirakan hati mereka. Doa ibubapa Allah sentiasa makbulkan.

14. Utamakan suami

Bagi wanita, untuk bahagia dan kaya dunia akhirat, utamakanlah suami dan tanggungjawab sebagai seorang ibu sebelum bisnes. Ada keberkatan di situ. Percayalah. Redha suami pembuka seluas-luas jalan. Doa ibubapa menyuluh jalan seterang-terangnya.

Sengaja diletakkan 9,10, 11 ,12, 13,14   itu di akhir. Paling penting dan paling berkesan untuk siapa sahaja yang memilih untuk bahagia, kaya dunia akhirat.

Semoga bermanfaat.

 

 

 

February 6, 2017
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like