14 Simptom Badan Kurang Protein Dan Cara Mengatasinya

Kekurangan protein dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan. Bahkan kekurangan yang terlalu kronik menjadi penyebab kwashiorkor. Di Malaysia mungkin tidak ada kes ini, namun kekurangan mendapatkan protein dalam diet harian kerapkali berlaku disebabkan banyak faktor. Berikut adalah simptom badan kurang protein.

simptom badan kurang protein

 

14 Simptom Badan Kurang Protein :

1 . Edema

Edema adalah cecair di bawah kulit, biasanya memberi kesan kepada kaki dan pergelangan kaki tetapi boleh berlaku di mana-mana badan. Protein adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan air dalam badan anda.

2. Pengurangan berat

Penurunan berat badan yang teruk adalah salah satu simptom badan kurang protein. Otot-otot pada badan melemah dan boleh juga mengecil disebabkan kekurangan protein yang kronik.

3. Rambut menipis,gugur atau rambut mudah putus

Rambut gugur dan penipisan rambut atau rapuh juga merupakan simptom badan kurang protein. Rambut terdiri daripada protein, jadi kekurangannya boleh menyebabkan rambut anda tidak mempunyai jumlah protein yang diperlukan untuk kekal sihat.

4. Garis-garis putih pada kuku

Paling mudah dilihat adalah terdapat garis-garis purih pada kuku. Kuku juga mudah patah.

5. Kulit pucat

Kulit yang kehilangan pigmen dan terbakar dengan lebih mudah bila berada di bawah matahari boleh disebabkan oleh kekurangan zat besi, dan juga protein. Lazimnya, makanan yang kaya dengan zat besi juga mengandungi protein, dan protein adalah perlu untuk badan untuk menggunakan zat besi dengan betul. Anemia atau kekurangan zat besi boleh menyebabkan kulit pucat.

6. Ruam kulit

Ruam kulit, yang disertai dengan kulit kering atau mengelupas adalah gejala atau simptom badan kurang protein. Ruam adalah disebabkan oleh kekurangan protein yang melampau dan boleh menyerupai ekzema atau lain-lain ruam kulit kering.

7. Kelemahan atau kelesuan umum

Kelemahan dan kelesuan mungkin disebabkan oleh kekurangan protein dalam diet. Dari masa ke masa, kerana badan tidak cukup protein, badan kita akan mula memecahkan tisu otot, yang boleh membawa kepada rasa lemah atau kelesuan.

8. Penyembuhan luka yang perlahan

Asid amino, blok binaan protein, amat penting dalam penyembuhan luka. Apabila badan anda sembuh sendiri, ia perlu membaiki atau menghasilkan tisu. Tisu-tisu ini menggunakan asid amino dalam pemulihan luka, dan kekurangan protein boleh membawa kepada proses pembinaan tisu yang lebih perlahan.

9. Sukar Tidur

Kesukaran untuk tidur juga boleh dikaitkan dengan kekurangan protein.

10. Sakit kepala

Sakit kepala boleh disebabkan oleh banyak perkara, termasuk kekurangan protein.

11. Pengsan

Pengsan dan lemah mungkin disebabkan oleh kekurangan protein juga.

12. Parut sukar sembuh

Parut luka, atau gigitan nyamuk lambat hilang. Kesannya mungkin kehitaman dan lambat pulih.

13. Kulit kusam dan tidak bermaya

Selain kolagen dan Vitamin C, protein juga diperlukan untuk menghasilkan sel-sel kulit yang baik dan sempurna.

14. Hormon tidak stabil dan gangguan haid

Protein juga diperlukan untuk penghasilan hormon badan. Kekurangan protein kronik boleh menyebabkan gangguan hormon.

(Tidak semua tanda-tanda berikut adalah disebabkan kekurangan protin. Ada yang berkaitan dengan emosi atau minda serta kekurangan nutrien lain, tetapi kekurangan protein boleh menyumbang kepada masalah-masalah tersebut).

Pentingkah protein dalam badan kita ?

Ya. Sangat penting.

Apakah kepentingan asid amino (blok asas protin) kepada badan kita?

  • 20% daripada tubuh manusia terdiri daripada protein. Protein memainkan peranan yang penting dalam hampir semua proses biologi dan asid amino adalah seolah unit-unit kecil yang membentuk protein.
  • Sebahagian besar sel-sel kita, otot dan tisu terdiri daripada asid amino, bermakna mereka menjalankan banyak fungsi tubuh yang penting.
  • Mereka juga memainkan peranan penting dalam pengangkutan dan penyimpanan bahan nutrien. Asid amino mempunyai pengaruh ke atas fungsi organ-organ, kelenjar, tendon dan arteri. Mereka juga penting untuk penyembuhan luka dan membaiki tisu, terutamanya di dalam otot, tulang, kulit.

Secara asasnya sistem badan kita adalah seperti ini :

Bermula daripada  SEL ——-> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Asid amino penting untuk pembinaan sel-sel yang sihat untuk mengasilkan sistem badan yang berfungsi dengan baik. Kegagalan badan mendapatkan sumber protin yang diperlukan boleh mengundang masalah kesihatan yang lebih kronik.

Jenis- jenis protin yang diperlukan oleh badan :

Asid Amino terdiri dari dua jenis iaitu :-

Asid amino tidak perlu ( non essential amino acid ). Boleh dihasilkan di dalam badan.
Asid amino perlu (essential amino acid).Tidak dapat dihasilkan tubuh dan perlu diperolehi dari sumber makanan.

9 jenis asid amino perlu (essential amino acid) ialah :

  1. histidine
  2. isoleucine
  3. leucine
  4. lysine
  5. methionine
  6. phenylalanine
  7. threonine
  8. tryptophan
  9. valine

Kepentingan setiap asid amino perlu (essential amino acid) adalah seperti berikut:

  • Histidine
    Pembentukan dan replikasi sel.
  • Isoleucine
    Bersama gabungan leucine dan Valine, isoleucine membaiki dan membina otot selepas senaman. Ia juga membentuk hemoglobin dan membantu peredaran tahap gula dan tenaga dalam darah di samping terlibat dalam pembentukan rangkaian darah.
  • Leucine
    Menggalakkan insulin dibebaskan dari pankreas, melindungi otot dan meningkatkan tahap penghasilan tenaga di samping meningkatkan pemulihan tisu dan membaiki struktur kulit.
  • Lysine
    Membantu melindungi dari infeksi penyakit Herpes.
  • Methionine
    Membantu fungsi metabolisma, mengurai lemak dan ianya merupakan unsur asas sulfur di dalam tubuh. Ianya amat perlu dalam menyingkirkan logam berat seperti plumbum dan merkuri.
  • Phenylalanine
    Tubuh menukarkan phenylalanine kepada tyrosine, sejenis asid amino yang diperlukan untuk membentuk protein, kimia otak termasik L-dopa, epinephrine, dan norepinephrine, dan hormon thyroid.
  • Threonine
    Membantu pembetukan kolagen dan elastin dalam kulit.
  • Tryptophan
    Hasil dari Niacin, berfungsi menghasilkan serotonin yang pentig untuk fungsi saraf dan otak. Serotonin penting untuk tidur, menstabilkan emosi, kawalan rasa sakit inflamasi dan lain-lain.
  • Valine
    Mempunya kesan stimulasi dan diperlukan untuk metabolisma otot, membaiki dan pertumbuhan tisu dan memelihara keseimbangan nitrogen dalam tubuh.

Cara mengatasi masalah kekurangan protein?

Mengamalkan diet yang mengandungi protein secukupnya. Keperluannya secara umum adalah minimum 56 gram sehari untuk lelaki dan 46 gram sehari untuk wanita. (sumber : USDA)

Dari manakah sumber protein ( asid amino perlu ) ini boleh didapati?

Diet harian dari sumber protin seperti daging, ayam, ikan dan telur. Ianya juga boleh didapati dari sumber sayuran,tenusu, buah-buahan dan kekacang.

Namun begitu, tetap akan berlaku kekurangan protein dalam badan disebabkan oleh pola pemakanan dan tabiat makan yang buruk serta diet harian yang tidak sihat. Sumber protein pula kadang-kadang tercemar dengan suntikan hormon pembesaran (ayam), racun serangga dan baja bukan organik (sayuran dan kekacang) serta pelbagai bahan pengawet yang digunakan. Begitu juga dengan cara memasak yang tidak betul menyebabkan protein termusnah (protein denature) pada suhu tertentu.

ESP Shaklee,Kebaikan ESP Shaklee, Khasiat ESP, Cara makan ESP Shaklee

Sebagai alternatif untuk kehidupan yang super sibuk, dalam rangkaian produk Shaklee, terdapat Energizing Soy Protein yang boleh membantu semua golongan untuk mendapatkan sumber protein harian yang cukup.

ESP Shaklee, Kebaikan ESP, Khasiat ESP Shaklee

ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protein, salah satu produk ‘legendary’ yang dikeluarkan oleh Shaklee selain Vita-Lea. Produk meletop di pasaran ini bukanlah produk yang baru timbul.

Tahukah anda?

  • Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan berasaskan soya. Barulah lain-lain jenama wujud. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70-an.
  • Dengan ujian-ujian klinikal yang dilakukan, Dr Shaklee membuktikan protin soya ini bermanfaat untuk kesihatan manusia. Setiap sumber makanan yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah ada hikmah dan manfaatnya kan?
  • ESP ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ektensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee adalah daripada sumber non-GMO (non genetically modified organism) yang mana diproses dalam keadaan suhu yang rendah.
  • Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30 kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera yang boleh bertahan lama.

Apakah keistimewaan ESP ini ?

1.    Satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 jenis asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan iaitu :

  • phenylalanine
  • valine
  • threonine
  • tryptophan
  • methionine
  • leucine
  • isoleucine
  • lysine
  • histidine

2.    5 sumber vitamin yang diperlukan oleh badan.
3.    4 sumber mineral yang diperlukan oleh badan.

4.    Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan).

5.    Rendah lemak ,tiada kolestrol

6.     Diproses pada  suhu rendah dan menjaga kualiti protin

7.     1 tin 850g dihasilkan dari 30kg kacang soya

Boleh rujuk gambarajah ini.

ESP Shaklee, Khasiat ESP Shaklee,Kebaikan ESP Shaklee

Siapakah yang sesuai mengambil ESP ?

  • Semua peringkat umur. Kanak-kanak 1 atau 2 tahun ke atas boleh mengambilnya tetapi dengan kuantiti tertentu. Adalah lebih baik untuk mengambil Meal Shakes kerana ianya lebih sesuai dengan sistem penghadaman mereka.
  • Ibu mengandung sebagai makanan nutrisi yang terbaik sepanjang  kehamilan dan membantu perkembangan fetus yang lebih baik.
  • Ibu yang menyusu untuk mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan ESP Shaklee yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat.
  • Penghidap kencing manis
  • Pelajar,wanita dan lelaki berkerjaya serta warga emas sebagai penambah tenaga harian.
  • Mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat, tidak sekata, kusam.
  • Orang yang alergik atau alahan (termasuk lactose intolerance -alahn terhadap laktosa).

Bolehkah pesakit diabetes mengambil ESP?

Sangat digalakkan kerana ianya mempunyai indeks glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39.
(cuma perlu diingatkan, seandainya ia dicampur dengan Milo, Vico , Sunquick dan sebagainya, indeks ini sudah tentunya akan berubah dan akan membahayakan pesakit diabetes).

ESP Shaklee, Glycemic Index, Indeks Glisemik

Kebaikan atau khasiat ESP : 

  • Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk mengelakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.
  • Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam.
  • Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.
  • Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit serta awet muda kerana protein penting untuk sel-sel kulit.
  • Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan.
  • Membantu memberi tona warna kulit yang sekata.
  • Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka licin dan gebu.
  • Protein soya(tumbuhan ) lebih mudah dihadam berbanding protin haiwan
  • Membantu mengurangkan risiko kanser.
  • Bertindak sebagai antioksidan.
  • Menguatkan sistem imun tubuh.
  • Meningkatkan tahap kolestol baik.
  • Memelihara kesihatan jantung.
  • Membantu  membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan penuaan.
  • Membantu meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
  • Baik untuk hormon.
  • Membantu merendahkan paras kolestrol.
  • Mencegah osteoporosis.
  • Membantu pembentukan sel-sel baru.
  • Membantu menyembuhkan gastrik.
  • Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
  • Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak.

Mengamalkan ESP secara konsisten akan memberikan kesan kesihatan yang sangat positif.

Kami sendiri mendapat kesan yang positif.

Suami : Lebih bertenaga sepanjang bekerja, serangan gastrik,migrain sudah tiada.

Saya    : Alternatif untuk orang yang megalami lactose intolerance ( alahan laktosa ). Bahkan mendapat manfaat yang lebih baik berbanding minum susu biasa. Rambut gugur tiada lagi, parut semakin pudar.

Alhamdulillah.

Semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda. Saya mencadangkan untuk sesiapa yang mempunyai masalah atau tanda-tanda kekurangan protein dalam badan supaya cepat betindak sebelum parah.Kenali simptom badan kurang protein lebih awal dan cegah sebelum terlambat. Sebaik-baiknya ianya diamalkan sebelum masalah timbul untuk menjaga kesihatan berpanjangan.

Bagaimanakah untuk mendapatkan ESP Shaklee?

 

pertanyaan-pembelian-produk-crop

September 25, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like