Buat Sendiri 5 Jus Buah-Buahan Dan Sayuran Yang Menyihatkan

Jus buah-buahan dan syuran sememangnya baik untuk kesihatan berbanding minuman lain. Terdapat banyak nutrien yang diperlukan oleh badan yang boleh didapati daripada buah-buahan dan sayuran yang dibuat jus. 5 jus buah-buahan dan sayuran yang menyihatkan ini boleh dibuat sendiri di rumah.

 

1. The Turbo Express

Jus nenas, Pineapple juice

  • 1 hiris limau nipis (diperah airnya)
  • Daun seleri
  • 1/4 biji buah nenas
  • 1/4 avocado
  • Ais

Kaya dengan potassium, Vitamin C dan zat besi. Boleh membantu meningkatkan sistem imun.

 

2. The Minty Beta

carrot juice, mint carrot juice

  • 1 batang lobak merah
  • Sedikit daun pudina
  • Ais

Kaya dengan beta carotene. Antioksidan yang hebat untuk mencegah kanser. Ia juga membantu proses penghadaman dan menurunkan kolesterol.

 

3. The Detox

Celery cucumber juice

  • 2 biji epal hijau
  • 1/4 batang timun
  • 1 batang seleri
  • 1 genggam daun bayam / daun belalai gajah
  • Ais

Baik untuk membantu sistem perkumuhan.

 

4. The Iron Man

banana pineapple juice

  • 1 biji epal
  • 1/4 biji nenas
  • 1/4 biji pisang
  • 200g natural yogurt

Kaya dengan potassium dan kalsium serta zat besi. Membantu untuk mendapatkan kuku dan rambut yang cantik serta bagus untuk gigi dan tulang.

 

5. The Ginger Zinger

ginger juice, lemon juice

  • 2 biji epal
  • 1 batang lobak merah
  • 1 hiris lemon
  • 1/4 inci halia

Jus ini membantu menyingkirkan toksin dan membuang angin dalam badan.

Selamat mencuba. Boleh tambah stevia,kurma atau gula jika mahu rasa yang sedikit manis.

September 25, 2016
Previous Post Next Post

Leave a Reply

CommentLuv badge

You may also like