12 Tip Mudah Cegah Strok Yang Semua Orang Boleh Buat

Serangan strok atau angin ahmar semakin hari semakin membimbangkan. Kebanyakan dari penghidapnya adakalanya langsung tidak menyedarinya. Hal itu hanya disedari setelah penghidap tersebut ‘tumbang’ secara tiba-tiba ketika melakukan aktiviti harian. Untuk itu, penting bagi kita tahu yang tubuh yang nampak sihat bukan jaminan terkecuali daripada risiko diserang strok. 12 cara mudah cegah strok yang semua orang boleh buat ini mungkin dapat membantu.

Setiap tahun, kira-kira 15 juta orang di seluruh dunia diserang strok. Kira-kira 5 juta daripadanya mengalami kehilangan upaya kekal dan lebih 5 juta orang meninggal dunia iaitu meliputi 10% dari semua punca kematian seluruh dunia.
( Sumber : Wolfe C, Rudd A. The Burden of Stroke White Paper: Raising awareness of the global toll of stroke-related disability and death, 2007 )

Strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

Apakah itu strok ?

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Sumber : NASAM ( National Stroke Association Of Malaysia )

Apakah faktor yang menyebabkan strok ?

FAKTOR RISIKO YANG TIDAK BOLEH DIKAWAL

  • Umur
    Kadar strok adalah 2 kali ganda bagi setiap 10 tahun apabila seseorang itu melebihi umur 55 tahun.
  • Jantina
    Lelaki mempunyai kadar risiko yang lebih tinggi daripada perempuan.
  • Keturunan
    Risiko lebih tinggi jika anda mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap strok atau sakit jantung.
  • Penyakit jantung                                                                                                                                                       Bagi mereka yang mengalami kecacatan jantung sejak lahir, risiko strok tidak dapat dielakkan.

FAKTOR RISIKO YANG BOLEH DIKAWAL

  • Darah tinggi
  • Penyakit jantung
  • Merokok
  • Hipertensi
  • Minum minuman beralkohol berlebihan
  • Kehidupan tidak aktif
  • Obesiti
  • Diabetes ( pesakit yang bukan hanya mengidap diabetes tetapi masalah obesiti, darah tinggi dan jantung)

Antara gejala strok adalah :

  • Dada berdegup kuat atau bergetar secara tiba-tiba
  • Berasa letih dan lemah serta pening dan sukar bernafas
  • Dada tidak selesa dan rasa tertekan
  • Pandangan menjadi kabur secara tiba-tiba
  • Leher terasa berdenyut dan tubuh mulai berpeluh
  • Berasa loya, seakan ingin pitam dan panas (dedar)
  • Kesukaran bercakap atau keliru secara tiba-tiba
  • Mengalami masalah berjalan, pening dan hilang keseimbangan
  • Sakit kepala yang kuat dan muntah berterusan

12 Cara Mudah Cegah Strok Yang Semua Orang Boleh Buat :

  1. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan anda.
  2. Utamakan pengambilan makanan yang mengandungi kalium, magnesium dan kalsium.
  3. Tidak mengambil minuman beralkohol
  4. Jika anda pengidap tekanan darah tinggi, pilihlah senaman yang ringan seperti berjalan kaki, lari santai dan berenang. Lakukan selama 30 hingga 45 minit sehari sebanyak 3 kali seminggu.
  5. Makan sayur dan buah-buahan yang berserat tinggi seperti sayuran hijau, pisang, tomato,tembikai dan betik.
  6. Belajar untuk kendalikan emosi dan stress dengan lebih baik. Banyak bertenang dan praktikkan pernafasan yang betul bila anda dilanda amarah.
  7. Berhenti merokok.
  8. Kurangkan makanan bergoreng, makanan segera dan daging merah. Kendalikan kolesterol dengan bijak.
  9. Bersenam selalu tapi jangan secara melampau.
  10. Belajar untuk beristirehat. Jangan terlalu memaksa diri untuk bertahan.
  11. Periksa tekanan darah anda selalu . Jika umur anda melebihi 40 tahun, lakukan pemeriksaan lebih kerap.
  12. Kekalkan berat badan ideal kerana obesiti akan meninggikan lagi risiko serangan penyakit jantung.

Bagaimana Shaklee boleh membantu kehidupan pesakit strok untuk hidup lebih baik ?

Setiap penyakit ada ubatnya. Begitu juga strok. Selain rawatan yang diberikan dalam perubatan moden, faktor pemakanan dan nutrisi pesakit juga perlu difikirkan. Rawatan secara holistik adalah sangat baik untuk pesakit strok.

Secara umumnya, rawatan strok adalah untuk mengurangkan atau mengelakkan kerosakan tisu otak. Pesakit strok pasti memerlukan nutrisi yang baik untuk proses penyembuhan. Tambahan pula ada yang mengalami komplikasi seperti sukar menelan makanan, sukar bergerak atau susah untuk membuang air kecil dan air besar.  VIVIX Shaklee mungkin boleh membantu sebagai ikhtiar untuk pesakit strok. Ikhtiar selagi boleh. Allah jua yang menyembuhkan.

vivix , stroke

 

Ikuti kisah Puan Hafza Aien : Suami Mengalami Strok Dan Beliau Bantu Dengan VIVIX Shaklee 

 

12 cara mudah cegah strok yang semua orang boleh buat

Before : Keadaan suami Pn Hafza Aien pada bulan Mei  2014

After : Setelah 1 tahun konsisten menggunakan VIVIX

Pn Hafza Aein berkongsi cerita mengenai suaminya yang mengalami strok dan juga masalah percakapan. Strok yang dialami oleh suaminya adalah  kategori stroke pendarahan. Tapi setelah menggunakan produk Shaklee iaitu VIVIX, Alhamdulillah suami semakin pulih.

28 April 2014, suami beliau mengalami masalah strok dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat.

Doktor mengatakan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami beliau. Tanpa berfikir panjang, beliau bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain.

1 Mei 2014. Jam 4 pagi suami beliau dibawa masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahunya pembedahan ini merupakan major operation. Beliau redha dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.

Jam 8 pagi, berita yang ditunggu tiba. Alhamdulillah, suami beliau selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi .

4 Mei 2014, keadaan suami beliau masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu beliau yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami beliau iaitu :

1- Tidak dapat mengingat siapa dirinya dan ahli keluarganya.
2- Boleh mengingat tapi cepat lupa.
3- Masalah pertuturan.

Beliau sangat bimbang. Apa yang beliau harapkan selepas suami sedar, suaminya akan ingat semua ahli keluarga sendiri. Alhamdulilah,kuasa Allah apabila suami beliau sedar suaminya masih lagi ingat beliau sekeluarga.

Cuma, apa yang menjadi masalah adalah apabila setiap pertuturan suaminya tidak difahami. lalu, beliau mencuba VIVIX untuk membantu keadaan suami beliau.

Beliau berikan 1 sudu kecil VIVIX setiap malam dan berdoa mudah-mudahan dapat bantu pulihkan sel-sel yang sudah mati di otak suaminya kerana otak kiri merupakan otak yang berfungsi untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun beliau berikan VIVIX , pertuturan suami semakin pulih dan doktor juga memuji suaminya kerana nampak semakin berseri-seri dan semakin banyak bercakap. Alhamdulillah. Tonton video Puan Hafza Aien di Youtube.

Sehingga hari ini, Alhamdulillah sudah ramai yang mencuba VIVIX untuk bantu pesakit strok.

Jika anda berminat untuk bertanya lanjut dan berikhtiar dengan VIVIX , boleh hubungi saya di talian  013 931 5387 .

Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

January 5, 2017
Previous Post Next Post

2 Comments

  • Reply siti hazreen

    ada 2 orang kaunselor kena strok setakat ni, harap2 dijauhkanlah. amin
    siti hazreen recently posted…7 Kesilapan Murid Sekolah Tingkatan 4 Tentang Sekolah SementaraMy Profile

    January 5, 2017 at 8:39 pm
    • Reply Hawa Hassan

      InsyaAllah mudah-mudahan. Amalkan gaya hidup sihat. =)

      January 9, 2017 at 3:19 pm

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    You may also like